Monday 28 October 2013

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat?

Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Sunat ab'ad iaitu:

# Membaca tahiyat awal.
# Selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyat awal.
Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat awal.
# Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
# Membaca doa qunut dalam solat subuh.
Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa qunut.
# Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.

2. Sunat hai'at iaitu:

# Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum rukuk,iktidal dan bangun daripada tahiyat awal.
# Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
# Mengucap takbir (Allahu Akhbar) semasa hendak rukuk, sujud, bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat.
# Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah.
# Membaca ta'awwuz isti'azah (au'zubillah) secara perlahan sebelum membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat.
# Membaca tasbih dalam rukuk dan sujud serta berdoa semasa duduk antara dua sujud.
# Membaca surah lain selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama dan ke-2.
# Membaca 'amin' sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah ataupun al-Fatihah imamnya.
# Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaan al-Fatihah, dan selepas bacaan surah sebelum rukuk.
# Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca tahiyat awal dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.
# Membaca doa selepas selawat dalam tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
# Memberi salam yang ke-2.
# Menoleh ke kanan dan kekiri semasa memberi salam.




Bagaimanakah dengan perkara-perkara sunat sekiranya tidak dilakukan semasa mengerjakan solat?

~ Tidak menjadi masalah walaupun sengaja tidak melakukannya. Solatnya tetap sah, cuma tidak mendapat pahala dan kelebihan amalan-amalan itu.



Apakah perkara-perkara yang sunat kita kerjakan sebelum solat?

* Ada 2 perkara yang disunatkan sebelum mengerjakan solat iaitu azan dan iqamat.




Apakah ada syarat-syarat yang dituntut semasa azan?

$ Syarat-syarat azan adalah seperti berikut:

1. Orang Islam.
2. Lelaki yang mumaiyiz atau berakal.
3. Sudah masuk waktu solat.
4. Berturut-turut dalam menyebut perkataan-perkataannya.
5. Dalam bahasa Arab.
6. Tertib semasa menyebut susunan perkataan.




Apakah perkara sunat yang dituntut semasa azan?

* Azan mesti dilakukan dalam keadaan berdiri.
* Menghadap kiblat.
* Suci daripada hadas dan najis.
* Perlu meninggikan suara.
* Masukkan dua jari telunjuk ke dalam dua lubang telinga.
* Tarjik (ulang dengan perlahan) pada ucapan dua kalimah syahadah.
* Melambat-lambatkan sebutan kaimah-kalimah azan.
* Berturut-turut menyebut kalimah azan.
* Tathwib (menambah 'assolatukhairumminannaum') pada azan subuh.
* Memaling muka ke sebelah kanan semasa menyebut kalimah hayya a'lassalah dan ke kiri semasa menyebut hayya 'alalfalah.




Apakah hikmah dan faedah azan yang dituntut kita melaungkannya?

~ Bagi menandakan masuk waktu-waktu solat.
~ Memperkenalkan dan mengagungkan kalimah tauhid.
~ Melahirkan syiar Islam di tengah-tengah masyarakat manusia.
~ Menyeru dan mengajak orang ramai ke arah mengingati Allah dan ke arah kejayaan.
~ Mengusir iblis dan syaitan.





SUMBER RUJUKAN: Dato' Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
- Ustaz Ishak Din
- Dato' Dr Haron Din
- Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz

والله أعلم بالصواب 

No comments:

Post a Comment