Saturday 6 June 2015

Royal FLORIA Putrajaya 2015

Assalamualaikum semua..
mempersembahkan..pengembaraan 6 Puteri..^^.. dan beberapa orang adik2 kecil..(kecil lah sangat)
minggu study week baru mula ni..jadi, kena penuhkan lagi rasa kesyukuran kita kepada Allah SWT..setahun dah degree. Alhamdulillah. Jalan2 JOM!!

Ni tentatif pengembaraan Floria mahabbah. :)
InshaAllah pukul 1400 boleh amek train universiti.
Kemudian menghala ke KL Sentral. RM1.60
Dekat KL Sentral, ambil ktm menghala ke ktm UKM (laluan Sg. Gadut). RM3.30.
InsyaAllah dalam jam 1500 kita sampai di ktm UKM.
Kemudian kita cari makan2 sikit..beli kuih makan tepi jalan..(tikah ok jer kan makan kuih tu...he~~)

[ BAJU KAMI WANGI..BAU SOFTLAN]

Kedai yang terpilih: Restoran Azura..(restoran/kedai makan..sama je kan..)
Terima kasih semua..terutama yang belanja tuh..semoga Allah murahkan rezeki ya dik..
(kakak apa lah ni..=.=" adik belanja..malu jer..tapi mahu..heh~)

Jam 1600, sampai Masjid Besi. Solat Asar.
Jam 1700, ke FLORIA lah kitew..(jalan 2jam pon xcukup..kena pegi dari pagi baru betul!)
Tiket masuk RM5 ya..(mohon copy paste ya pak..)

Kemudian kita beransur pulang. (pulang ker??heh~)


Where? : Anjung Floria, Precinct 4, Putrajaya, Malaysia. (30 May-7 Jun 2015)
GPS Coordinate? : 2°54’46.1″N 101°40’44.1″E (2.912806, 101.678917)
Festival Hours? : Friday to Sunday = 0900-2400
Monday to Thursday = 0900-2230

Theme Flower for this year? : Lily or Lilium


DALAM MASJID BESI : kipas tu..xpernah tengok pulak..macam unik jer.

kolam dalam masjid. kolam + air = mozek
  (bahaya! ingatkan mozek,air rupanya..#jalanpandangbawah!)

ni pon snap dari dalam masjid besi..tunaikan kewajipan kepada tuhan dahulu..Asar2!

Lepas solat menikmati keindahan ciptaan Ilahi pulak..
(depan cik adik tu lah kolam..jangan dekat sangat, risau pulak)

Luas..banyak kipas. Nyaman..

sekarang ni on the way ke Floria..Floria, kau tunggu aku datang..!

Dari Masjid Besi, jalan kaki jer ke Floria tu, dekat..jalan je sepanjang sungai ni..

Jambatan ni..macam tempat untuk Flying Fox pun ada gaya jugak.

Senja2 ni, cahaya matahari memang mempersonakan. Nampak x kapal kecik tu..kecik jer tengok dari jauh..

Jambatan kelihatan makin besar, menandakan destinasi semakin hampir.
Ayuh sahabat! Maju & lajukan lagi langkahmu! 
(sebelum masuk Floria punya cerita & pic pun dah banyak..ya Allah, tu belom masuk lagi tuh)

masuk pintu masuk jer excited habis, xtau nak mula dari mana..
landscape ni UUM yang decorate.

yang ni pun di bahagian depan pintu masuk..

adik tu pun teruja..mana xnya..mainan tu..kan kita slalu main kat atas kertas dulu..
(mainan X OX O) harap2 korang tau..kalau xtau buat sedih jer..

ni boleh try buat kat kebun.. pasu plastik pu boleh bertukat jadi boy and girl.
nampak x pokok kat dinding tu..? tu dia guna roll tisu..gunting dengan saiz yg lain2, warnakan. tampal. = pokok.
so, dalam tu boleh letak kerongsang yg slalu hilang, rantai, cincin..bagi girls lah.
boys..boleh isi pemadam, pensel kenot, pembaris patah..bukan apa..senang nak gi exam..trus amik je, xyah cari2.
  (teringat pulak adik yang xsuka guna pencil box. pelix.= =')

but Phua Chu Kang! so cute, warne warni..balik rumah kita cat but abah pulak..hehe~
(cat kasut yang dah buruk lah..anak solehah kan..)
tin cat tu pun cantik..dengan warna cat yang meleleh-leleh tu..blue, red, pink..
(dalam otak dah nampak tin kat rumah..sabar2..)

Alhamdulillah hari ni x hujan, sebelum ni, setiap petang hujan. 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

bunga @ flower @ 花 (hua)

ni temanya kapal..naik atas tu untuk tengok musuh takut2 ada serang hendap. 
Jalan cergas! Gerak pantas! Kerja keras!
(kata-kata semangat..reka je tuh) hihi

pemandangan dalam kapal tadi..buluh dibelah kecik & diikat bersama..
sandar je, goyang satu kapal =.=" 
tak pasti ni kapal apa..selepas diteliti dan dikaji, saya yakin bahawa ini bukanlah kapal perang..

NAMA KAPAL
Semua kapal dalam armada TLDM membawa imbuhan awalan KD yang bermaksud Kapal Diraja ataupun KLD yang bermaksud Kapal Layar Diraja.


banyak tangga.. seronok.. tak boleh naik..^^..bahay untuk budak2

kawasan sebelah kapal tadi..bawah tu semua batang pokok yg dipotong..
kalau batang pokok tu besar, boleh lah buat meja terus.

eh, ni golongan kapal tadi..tersesat kat sini pulak dah..

bahagian luar kapal tu..yang tergantung tu akan berbunyi bila angin tiup. buat guna buluh kecil kalau x silap lah..kalau silap sorry lah..hihi

SAUH

Sauh ialah sejenis benda, biasanya daripada logam, yang digunakan untuk menambat kapal ke dasar perairan sehingga tidak berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Sauh ini telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim.

Dekorasi dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dapat silver medal..

memang cantik, menakjubkan..memang patut pun menang. 

corak daun tu..keliling dia tu lampu..nak tengok? 
malam baru boleh maa..siang tadak nampak punya..

tadi pintu masuk..ni dalamnya pulak. ceria+meriah!+ penat tangan pegang henset nak snap pic..
(semua pon cantik..semua pon mau snap..)

kita ZOOOOM IN....

i don't know this..yang pasti dia asyik berpusing jer..x penat-penat..

dua tiga kucing belang,
banyak bunga komfem xboleh bilang.

seorang budak lelaki dalam darjah 1 :
 abah! abah! ada air lah..wah cantiknya abah! cantiknya abah! cantiknya..
(sila baca dengan penuh emosi)

nampak pondok atas tu?

Tanduk Rusa..

hati-hati titi atas kaca tu..lut sinar..

teringat iklan dulu kala..: orkidlah!

tak reti sebut..berbelit-belit..

boleh buat bila ikhtiar hidup pengakap. komfem 100% markah. 
suruh juri duduk atas krusi, hidang biskut kering sikit, cicah air masak pun jadilah..
tapi kalau ikatan pada kerusi tu terburai...wallahua'lam. @.@

jumpa basikal..

snow white..kereta kuda dia lah..laju sangat..susah nak kejar,
 tu yang x nampak kudanya.

mural di dinding. "adik-adik jangan tiru aksi ini di rumah, mak marah!"
--pesanan ikhlas dari penaja yang dah kena marah..percayalah--

biasanya akan ada papan notis "12tahun ke bawah sahaja"..
jujur-jujur..betul ke korang ikut?? ye ke ni?? 
mesti rasa macam ada magnet tarik, dah lah warna warni..memang komfem ditarik punya.

bangau tu..patung tu..rekaan semata-mata.

Time for Teletubies..Time for Teletubies..

Teletubies..say Hello! "Eh-oh"


Giant Big Bigger Biggest Flowers

tinggi sangat tergantung..xsampai nak amik..

"B" untuk Bunga, Bunga itu biru. Biru itu Blue..

menara bunga lah kot..ni budak-budak punya tempat ni..

bunga ada..Teletubies xdek ke? alaaa....sedeiyh..

cakk!! Eh-Oh...
tinky winky (Blue), dipsy (Green), laa laa (Yellow), po (Red)
recall balikk..

putih-putih melati..

PAKCIK PASU BUNGA berehat di taman bunga


adik : "pakcik2..minum air dulu..panas ni."

i am pinky.. i am blue..kami anak pak cik pasu bunga..
comey macam bapak dia jugak..

sinaran..lampu bola-bola berpusing2..siap ada rantai2 lagi tu. 
sume orang nak kejar,tangkap rantai tu..haihh..macam budak2

tepi sikit, bagi laluan..nak tuang rumput ni..
"masukkan satu tong rumput dan satu tong bunga putih ke dalam adunan taman. kemudian biarkan ia selama-lamanya di bawah mentari..dan kemudian..
puff! jadilah coco crunch! 
eh..he~~lapar lah katakan..sorry2..ampun ya pak..permisi..(muka comel & sopan..anak sapa lah ni)

bersiar di taman bunga..meniti di atas batu..

kereta sorong comel..angkut kayu api..
bak kata Labu : "cari kayu api.. cari kayu api.."

papan jongket pun ade..seesaw..nak test korang sikit..haha

Here is your tongue twister:
Mr. See owned a saw and Mr Saw owned a seesaw.
Now See's saw sawed Saw's seesaw before Saw saw See.
ehem ehem..ada bran?

eh..mana kayu api tadi?? 
oh, Labi dah amik lah..
dia nak masak untuk Pak Aji Bakhil dengan Cik Manisah..

snow white and the seven dwarfs
rumah Snow White..Snow White, tolong jangan makan epal yang makcik tu bagi..no no no!

rumah ni comel sangat lah..

(Puteri Salji dan Tujuh Orang Kerdil)
 ialah sebuah filem animasi Amerika Syarikat 1937 yang diterbtikan oleh Walt Disney dan dikeluarkan oleh RKO Radio Pictures. Berdasarkancerita dongeng Jerman oleh Brothers Grimm, filem ini ialah filem ceteraanimasi sel panjang penuh pertama diterbitkan di Amerika Syarikat, yang pertama diterbitkan dalam warna penuh, yang pertama diterbtikan oleh Walt Disney Productions, dan yang pertama dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney.



tahun 2015..kain macam annyaman ketupat gitu..

tahun 2014.. payung terapung gitu..

tahun 2013.. bola pulak dah..

yellow..macam laa laa..

JFU : Jabatan Fiqh Usul. Akademik Pengajian Islam 
Universiti Malaya Kuala Lumpur..
(ececeh..bangga!)

r.e.d.=merah..

tu diaa...meow~~ ku dengar suara mu menyeru namaku..
tak tertahan kakiku..berlari menujumu..meoww~

mainan kucing..cakar kat sini tau! jangan cakar kat sofa abah..
nanti kena marah, tak boleh main dalam rumah dah..
pilihlah meow nak yang mana? kakak belanja..pilih2..

tido yer..sejuk sangat..air cond..grrr..

"tilam aku dah lawa dah..aku pulak yang busuk..kena mandi ni.."

"Hai Doraemon..nama saya Nobita..
keluarkanlah satu alat yang boleh keluarkan saya dari sini Doraemon!! waa~~~waa~~"

" PINTU KE MANA SAJA!
 Nah Nobita..awak gunalah, tapi jangan sampai Giant & Sunior nampak tau!"
(sekadar gambar hiasan..)


indah namaku..

wah! Pika..erk~ hehe~Afiqah? Syafiqah? yang mana satu ni..

sampai malam derak..

khas dari UUM

macam bergegar jer

burung, ular, iguana kot..banyak..masuk sini bayar RM5..boleh pegang2, gosok2..

comel jer. ekor tu punyelah panjang..

pertandingan ka FLORIA..

tampal rempah ratus

Royal FLORIA Putrajaya 2015 Watercolour Painting Competition


creative.

Lily..

banyak lagi pameran ni..

hah! macam ni kan mudah..
semua masuk dalam gambar..bagus2
yang belakang tu..luruskan barisan,
angkat tangan, jatuh tangan, angkat tangan, jatuh tangan, 
senang diri, jaga sedia.
Assalamualaikum cikgu..hihi~

dapat emas..budak sekolah rendah yang buat ni..
pertandingan berkumpulan

apa tu? batang ais krim lah..
lepas makan ais krim boleh lah tampal sini..
ada tulisan pada batang aiskrim tu..ni memang sah aiskrim Paddle Pop ni.
boleh tebus hadiah tu dik!

hey..jangan tenung lama-lama..tutup mulut tu dik oii..


butterfly..fly, fly..Far..Far..Awayyy..

Puss in Boot said :
 " That's my home town..where is Shrek and Donkey? meow~"


silver.

Gold & Silver..adik2 sekolah rendah

berapa batang pokok yang anda lihat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.jawapannya: 0 batang..anda hanya nampak lampu pada pokok..pokok x nampak kan..^^..
GOTTCHA!!

macam kapal berhias..terpukau sesaat..

dah balik Masjid Besi semula..solat Isya' lah kita..

next destination..dalam tentatif balik kan..hah! balik lah sangat..
lewat malam ni..mana nak carik LRT, KTM..ha?

so..
jom..ROLLER BLADE

lain kali kena bawa semua ni kot..sakit kot jatuh..huhu~
(xdek gambar..gambar gelap..almaklumlah..dah malam kan..)

[ BERPELUH DAH..SEBALDI KATANYA..]

KEESOKAN HARINYA..
[ SEGAR KAN..HE~~]
(BAU APA TU??UHUK UHUK..TERBATUK PULAK..NGEE~)
dari atas kulihat ketenangan..cer teka ni dari tingkat brapa?
eh..lupa pulak nak bagitau..
kami tidur di sini..
nak balik dahh..
naik ktm stesen UKM..ke KL Sentral

Naik LRT pulak dari KL Sentran ke...Stesen Universiti..
"Stesen seterusnya, UNIVERSITI. Next station, UNIVERSITY"
(nada tu penting!)

[ STATUS TAK DAPAT DIKENAL PASTI]

dah sampai..naik teksi ke UNIVERSITI MALAYA..
ALHAMDULILLAH..

# Jutaan terima kasih kepada semua..Syafiqah, Atikah, Hamizah, Najihah....dan yang teristimewa sahabat kami yang sanggup buat sarapan untuk kakak2 ni..AIMI..^^..syukran my dear..
dan 3 orang adik lagi..x mention xpe kan..
rileks sudah..

---TAMAT---
(tepuk sikit..)