Sunday 3 November 2013

LARIAN HALAQAH DHUHA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,pagi tadi ramai jugak yang join LARIAN HALAQAH DHUHA @ KEMBARA DHUHA lepas kitorang solat subuh berjemaah kat musolla Al Malik Khalid..terus berkumpul dengan pakaian sukan..pastinya yang mengikut syariat..Alhamdulillah..dah solat dhuha..jom! kita lari..    

{task sepanjang perjalanan..selawat sekurang-kurangnya 100 kali..}




 العقل السليم في الجسم السليم                                                         


warm up...bacaan doa dhuha, demi matahari, gelombang keadilan..sekali dengan gaya..seronok..kreatif..




tak lupa juga beramah mesra dengan orang kampung...sampaikanlah salam kepada semua yer..




sinaran mentari pagi..silau..segar..time ni lah terbaik





Subhanallah..buah dah masak..banyak pulak tu..jangan amik..kena minta izin dulu tau..^^..

ni parit ker?? ntah lah..

ziarah kuda..



Kuda Dalam Al-Quran
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian)
Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..
Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).
Mengikut kitab  al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
  1. Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
  2. Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
  3. Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
  4. Separuh Aarb ( bapa arab, ibu dari luar )


sarapan..rumput segar..


tau2 jer nak kena snap..clever..



Syarat-Syarat Pertandingan Kuda
Mengikut Tradisi Islam dan Arab
Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya.

 syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-
1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.
Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.


ekor dia cantik..lurus n halus jer


Jarak Pertandingan Lumba Kuda
Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-
Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda.
Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.
Rasullullah saw amat mengemari kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda, berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida terhadap kuda, antaranya:-
" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda" ( Kitab Masnab)
" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)
Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw
"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur puteh dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )


ada 3 ekor kuda...


 tengok ekor dia..cantik kan



Khalifah Harun al-Rashid
Penakluk Palestin
Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-enagara Arab kerana kemasyurannya menakluk dan pembebaskan Negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.
Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.
Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.
Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.

Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:
Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-
  • Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).
  • Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda puteh didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda puteh dikuku kaki.
  • Bentuk badan yang menarik al-a-ali ), al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .
  • Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)
Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna



 zoom in..


  Buku-Buku Tentang Kuda
Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asas-usul, kaedah permakanan, teknik menunggang, keistimewaan kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda baik-baik dan lain-lain.

 Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-
1. Kitab Al-khayal olehAttabi
2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir
3. Kitab Khalq al-faras  oleh Asmai 
4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai
5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha
6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd
7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib
8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani
9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad
10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj
dan terdapat lebih dari 30 kitab-kitab lain yang menceritakan tentang kuda.



jom kongsi ilmu..jangan kedekut..


Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW
Kuda adalah sejenis binatang yang sangat dihormati dalam Islam. Malah dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak diceritakan tentang kuda.
Kalau disebut sejarah kuda, mesti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:
1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak. 
Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.
Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur di seluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'



Rasulullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.
Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.
Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas, kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.
Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik  
Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasukkan ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.
Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.
Untuk meguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.




Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw
"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur puteh dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )

(kuda ni..ada jalur putih kat kepala dia..cantik!)










Bukan hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Assiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa sangat kehilangan kalau ditinggalkan oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi panggilan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kesukaannya merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan dirumahnya.





asrama sekolah mulong..

Alhamdulillah..selamat sampai..tanpa sebarang masalah..



dah sampai..um

kolej kesayangan..

Alhamduillah..sarapan roti n roti canai..syukran kepada yang belanja..

Alhamdulillah..sarapan roti n roti canai..syukran kepada yang belanja..

والله أعلم بالصواب 


Thursday 31 October 2013

سورة الناس SURAH AN-NAS

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






والله أعلم بالصواب 

سورة الفاتحة SURAH AL-FATHAH

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









والله أعلم بالصواب 


الخالق AL KHALIQ



بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Asma al-Husna yang kedua belas "Al-Khaliq" 




Membawa erti "Yang Maha Mencipta


والله أعلم بالصواب 

النور ANNUR

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Asma al-Husna yang ke-93 ialah "An-Nur"






Iaitu Tuhan Yang Maha Bercahaya.
Manusia amat memerlukan cahaya.
Sekalian makhluk ini umpama pantulan cahaya Allah s.w.t. yang mampu menerangi akal manusia untuk mencari dari mana datangnya cahaya,
iaitu cahaya Allah s.w.t.




والله أعلم بالصواب 

الحَكِيْم AL HAKIM

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Asma al-Husna yang ke-47 ialah "Al-Hakim"









 Yang bererti "Tuhan yang Maha Bijaksana".
 Iaitu memiliki segala kebijaksanaan dan kesempurnaan dalam mengatur 
dan membuat segala sesuatu.

والله أعلم بالصواب 

Tuesday 29 October 2013

اَلْعَفُوُّ AL 'AFUW

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Asma al-Husna yang ke-82 ialah "Al-A'fuww"





 Yang bererti:
Tuhan yang Maha Pengampun dosa hamba-Nya.
Walau sebanyak mana dosa seseorang sekiranya dia bertaubat dan mohon ampun kepada Allah yang bersifat Al-A'fuww,nescaya akan diampuni.
Kecuali dosa syirik dan juga dosa sesama manusia.



والله أعلم بالصواب 



Monday 28 October 2013

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Apakah perkara-perkara yang disunatkan dalam solat?

Perkara-perkara sunat dalam solat menurut pendapat Imam Syafie terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Sunat ab'ad iaitu:

# Membaca tahiyat awal.
# Selawat ke atas Nabi Muhammad dalam tahiyat awal.
Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad dalam tahiyat awal.
# Duduk bagi membaca tahiyat awal dan selawat.
# Membaca doa qunut dalam solat subuh.
Selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga dalam doa qunut.
# Berdiri bagi bacaan qunut dan selawat di dalamnya.

2. Sunat hai'at iaitu:

# Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga sama paras dengan bahu semasa takbiratul ihram, sebelum rukuk,iktidal dan bangun daripada tahiyat awal.
# Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-duanya antara dada dan pusat.
# Mengucap takbir (Allahu Akhbar) semasa hendak rukuk, sujud, bangun daripada sujud, semasa bangun daripada rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat.
# Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram dan sebelum membaca surah al-Fatihah.
# Membaca ta'awwuz isti'azah (au'zubillah) secara perlahan sebelum membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat.
# Membaca tasbih dalam rukuk dan sujud serta berdoa semasa duduk antara dua sujud.
# Membaca surah lain selepas membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama dan ke-2.
# Membaca 'amin' sebaik sahaja selesai membaca al-Fatihah ataupun al-Fatihah imamnya.
# Berhenti sekejap selepas takbiratul ihram, bacaan al-Fatihah, dan selepas bacaan surah sebelum rukuk.
# Duduk iftirasy semasa duduk antara dua sujud, semasa membaca tahiyat awal dan duduk tawarruk semasa membaca tahiyat akhir.
# Membaca doa selepas selawat dalam tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.
# Memberi salam yang ke-2.
# Menoleh ke kanan dan kekiri semasa memberi salam.




Bagaimanakah dengan perkara-perkara sunat sekiranya tidak dilakukan semasa mengerjakan solat?

~ Tidak menjadi masalah walaupun sengaja tidak melakukannya. Solatnya tetap sah, cuma tidak mendapat pahala dan kelebihan amalan-amalan itu.



Apakah perkara-perkara yang sunat kita kerjakan sebelum solat?

* Ada 2 perkara yang disunatkan sebelum mengerjakan solat iaitu azan dan iqamat.




Apakah ada syarat-syarat yang dituntut semasa azan?

$ Syarat-syarat azan adalah seperti berikut:

1. Orang Islam.
2. Lelaki yang mumaiyiz atau berakal.
3. Sudah masuk waktu solat.
4. Berturut-turut dalam menyebut perkataan-perkataannya.
5. Dalam bahasa Arab.
6. Tertib semasa menyebut susunan perkataan.




Apakah perkara sunat yang dituntut semasa azan?

* Azan mesti dilakukan dalam keadaan berdiri.
* Menghadap kiblat.
* Suci daripada hadas dan najis.
* Perlu meninggikan suara.
* Masukkan dua jari telunjuk ke dalam dua lubang telinga.
* Tarjik (ulang dengan perlahan) pada ucapan dua kalimah syahadah.
* Melambat-lambatkan sebutan kaimah-kalimah azan.
* Berturut-turut menyebut kalimah azan.
* Tathwib (menambah 'assolatukhairumminannaum') pada azan subuh.
* Memaling muka ke sebelah kanan semasa menyebut kalimah hayya a'lassalah dan ke kiri semasa menyebut hayya 'alalfalah.




Apakah hikmah dan faedah azan yang dituntut kita melaungkannya?

~ Bagi menandakan masuk waktu-waktu solat.
~ Memperkenalkan dan mengagungkan kalimah tauhid.
~ Melahirkan syiar Islam di tengah-tengah masyarakat manusia.
~ Menyeru dan mengajak orang ramai ke arah mengingati Allah dan ke arah kejayaan.
~ Mengusir iblis dan syaitan.





SUMBER RUJUKAN: Dato' Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
- Ustaz Ishak Din
- Dato' Dr Haron Din
- Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz

والله أعلم بالصواب