Thursday 6 March 2014

BELAJAR TAWAKAL DARIPADA SEMUT


بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar biji gandum.

    Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

    Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda  dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

    Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

    Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
  
    Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?


    LEBIH YAKIN JAMINAN ALLAH

    Ertinya semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat dangan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, dia mampu bertahan. masih ada lagi baki makanan yang boleh dimakan.


    MORAL OF THE STORY :~

    Inilah sifat tawakal & ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhlu, dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah.




    BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH & BERIKHTIARLAH DENGAN KEUPAYAAN SENDIRI.


    BELAJAR KEJITUAN TAWAKAL & KEGIGIHAN IKHTIAR DARIPADA SEEKOR SEMUT.!

والله أعلم بالصواب