Thursday, 14 March 2013

Belajar LILLAHI TA'ALA

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

               'Saya nak 4 flat!'

 boleh dikatakan semua pelajar universiti inginkan keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan dan perkara ini sering menjadi sebab utama para pelajar menuntut ilmu..fenomena ini boleh dikatakan telah mengubah niat asal kita untuk belajar .

  Tarikh peperiksaan semakin hampir..semua pelajar meluangkan lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran dalam madah Bahasa Arab 2,Bahasa Inggeris 2,Matematik 2,Kemahiran Al-Quran 2,Ulum Al-Quran dan Asas Komputer...madah bagi smester 2. Ada yang sedang menghafaz surah hafazan di bangku bawah pokok di blok A dan B,di musolla,maktabah,di gelanggang bola jaring pun ada..sambil melihat lembu meragut rumput. 

                           'Ibu...camne nak study ni...kadang-kadang ade mood..kadang-kadang tak ada mood...xtau kenapa..sedih,org lain mesti dah study banyak..takut tak dapat 4 flat'.................



                          'Kakak...kakak kenalah pandai bahagi masa,jangan belajar sampai tak makan..jangan makan sampai tak belajar...^^..ingat balik ..kakak belajar bukannya sebab nak dapat 4 flat semata-mata kan..tujuan utama kakak belajar kan untuk mendapat redha Allah...belajar kerana Allah..'



Tiba-tiba hati tersentap! Ya Allah..patutlah hati tak tenang masa belajar..rupanya niat untuk belajar tu salah. Astaghfirullahal'azim....



[terus ambil pen dan kertas kat atas meja...dan tulis "BELAJAR KERANA الله "...lepas tu tampal kertas tu kat sebelah gambar ibu dengan abah pada dinding kat sebelah katil  ] sentiasa menjadi inspirasi ketika belajar..^^..




والله أعلم بالصواب 




No comments:

Post a Comment