Friday, 15 March 2013

HADIS TENTANG SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



SOLAT TIANG AGAMA

رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ
"Puncak urusan adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah solat."
[hadis riwayat At-Tirmizi]

*Solat adalah ibadah yang titerima oleh Rasulullah secara langsung daripada Allah. Jumlah asalnya adalah 50 waktu, kemudian diringankan oleh Allah menjadi 5 waktu sahaja sehari semalam, Menunaikan solat adalah wajib kepada seluruh umat Islam dan meninggalkan solat adalah berdosa.

                                          
Add caption





MENYEGERAKAN SOLAT

إِذَا سَمِعْتَ النِّدَاءَ فَأَجِبْ دَاعِيَ اللهِ
"Apabila kamu mendangar azan, maka segera penuhi panggilan Allah itu."
[hadis riwayat Baihaqi]

*Azan adalah lambang kebesaran Islam khususnya dalam ibadah solat. Azan dilaungkan 5 kali sehari semalam bersamaan dengan jumlah solat iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Orang yang melaungkan azan dipanggil muazzin atau bilal.

                                            Jaulah majmuah1 semester1,Qeela Inn, Bukit Kluang, Kelantan Darul Naim




SOLAT AMALAN UTAMA

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ، الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ
"Amalan yang paling utama, solat pada waktunya dan berbakti kepada kedua ibu bapa."
[hadis riwayat Muslim]

*Solat pada awal waktu bagi seorang Muslim adalah cerminan kepatuhannya kepada Allah. Mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah sentiasa menyegerakan solat mereka sebaik sahaja masuk waktunya. Malah, mereka sentiasa solat secara berjemaah di masjid sekiranya tiada halangan.

Jaulah majmuah1 semester1,Qeela Inn, Bukit Kluang, Kelantan Darul Naim




SOLAT KUNCI AMALAN KEBAIKAN

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسِبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتِهِ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
"Amalan yang paling awal dihitung daripada sseorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Andai baik solat seseorang itu, maka baik dan berjaya. Andai rosak solatnya, maka rosak dan sia-sia."
[hadis riwayat At-Tirmizi]

*Solat adalah ibadah yang penting dan utama kepada setiap Muslim. Solat juga menentukan sama ada seseoraang itu menjadi seorang Muslim yang baik ataupun sebaliknya. Allah begitu menekankan kepentingan solat sehingga ia menjadi amalan pertama yang akan dinilai di akirat kelak.

Mukhayyam Taqwiyah Qiadiyah, Sri Pantai Chalet, Melawi, Bachok, Kelantan Darul Naim




PERINTAH SOLAT UNTUK ANAK

مُرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ
"Suruh anak kamu menunaikan solat apabila berumur tujuh tahun dan pukul mereka apabila berumur sepuluh tahun."
[hadis riwayat Abu Daud]

*Solat adalah wajib kepada semua umat Islam. Rasulullah meminta kepada ibu bapa supaya memberi tunjuk ajar berkenaan solat pada anak-anak apabila mereka berumur tujuh tahun. Namun, apabila mereka sudah berumur 10 tahun dan masih meninggalkan solat, ibu bapa diminta bertegas dengan mereka sehingga sekiranya perlu dirotan, ini bertujuan mendidik dan memberikan pengajaran.

Anak-anak Tadika Permata Aman TPA Taman Mahkota Aman Kuantan Pahang Darul Makmur

SUMBER: 70 HADIS MUDAH HAFAL MUDAH AMAL
-zairuddin zabidi
-najah pauzi

والله أعلم بالصواب 




2 comments:

  1. nice...bagus...memudahkan urusan saya untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan assignment saya..trime kseh...semoga ilmu yang sya dpat ini Allah akan blas jasa awak.

    ReplyDelete