Friday, 15 March 2013

KEM KEPIMPINAN !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



             Situasi seorang pelajar yang enggan menghadiri kem kepimpinan telah dipujuk oleh beberapa orang sahabat seperjuangannya agar menghadiri kem tersebut bersama-sama sambil menyutik semangat kedalam diri pelajar tersebut.


 'Teneneneng..neng..neng..' Nasihat yang membina diberikan melalui Sisem Pesanan Ringkas (sms) :
                  " Salam sayang sahabat. Harap dapat baca mesej ini sampai habis. Sahabat, kami sangat sayang awak. Jadi, patutkah kami meninggalkan awak sahabat?? Patutkah! Jujur, kami sangat kecil hati dengan awak sebab awak tidak datang sini.. Sedih, awak dah semkin jauh dari kami,  awak tahu tak yang kami sayang awak... kenapa tak jelaskan kalau awak tak dapat pergi... sahabat, seiring berjalan waktu, awak pun perlu lebih matang... awak adalah KEPIMPINAN, andai perkara setakat kem macam ini pun nak mengelak, macam mana nak handle sebuah organisasi yang lebih besar?? Kerana kami sangat sayang kamu, tolong... kalau ada masalah, jelaskan, agar kita boleh sama-sama selesaikan... awak, tak akan selamanya boleh mengelak, kepimpinan mesti berpandangan jauh... jawatan bukan hanya untuk nama... kita ada amanah yang jauh lebih besar... tolong...kami tak pertikaikan awak sebab kami kenal awak. Jadi, cabar diri... Awak kena kuat!! Awak mesti belajar matang dan berkorban... Kalau kami salah, jujur... kami hanya insan biasa... Tapi, kami sangat sayang kamu... Teringin nak bersama seperti dulu. :'(  Kami sayang awak kerana الله ."


                    Setiap pemimpin perlu berani menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan. Kem Kepimpinan adalah salah satu wasilah atau cara yang terbaik untuk mendidik dan melatih setiap individu pemimpin supaya lebih berpandangan jauh dan lebih bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku sama ada baik mahupun buruk. 





                  Seorang pemimpin atau mana-mana individu yang mempunyai sifat bertanggungjawab akan menghadiri kem seperti ini bagi memantapkan lagi tahap kepimpinan dalam diri masing-masing disamping dapat menimba banyak pengalaman baru sepanjang kem dijalankan. Jadi, kem kepimpinan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti oleh setiap individu tetapi adalah untuk melahirkan seseorang individu yang lebih berani menghadapi apa jua cabaran dan halangan.





Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

والله أعلم بالصواب .





No comments:

Post a Comment