SEMBELIHAN AYAM
Alhamdulillah..selesai praktikal sembelih ayam..40 ekor ayam..berapa yang halal dimakan.?? =)
* Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
* Dari segi syara' bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan halkum dan mari' dengan sekali sembelihan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku , gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
maksudnya :"Sembeliahan adalah antara pangkal dagu dan pangkal leher." [riwayat Ibnu 'Abbas]
Hukum Penyembelihan
* WAJIB dilakukan keatas haiwan untuk membolehkan ia halal dimakan.
* Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukumm Islam diistilahkan sebagai bengkai atau najis.
Rukun Sembelihan
Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihan terbahagi kepada 4:
1. Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
Syarat-Syarat Sembelihan
1) Orang yang menyembelih
a)Beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e)Membaca Basmalah
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya." [Surah al-An'am:118]
2) Binatang Yang Disembelih
a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus 2 urat: urat pernafasan (urat mari')
dan urat tempat lalu makanan (halkum).
3) Alat Sembelihan
a) Alat yang tajam seperti pisau.
b)Boleh guna besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat lain yang tajam.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
4. Tempat Sembelihan
* Memutuskan urat halkum (saluran pernafasan) dan urat mari' (saluran makanan)
* Disembelih pada leher bagi binatang yang mudah diselenggarakan.
* Binatang yang susah ditangkap (binatang buruan) atau susa sembelih di leher kerana jatuh dalam perigi dan susah untuk keluarkannya, memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mati.
Perkara Sunat Ketika Sembelih
* Membaca basmalah.
* Menghadap binatang tersebut ke arah kiblat.
*Selawat ke atas Nabi.
*Memutskan urat dari kiri ke kanan supaya cepat mati.
*Menggunakan pisau yang tajam.
*Binatang itu dibaringkan atas rusuk kiri.
*Sembelih dengan segera.
Perkara Makruh Semasa Penyembelihan
*Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
*Menyembelih hingga terputus kepala.
*Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.